thumb

Koperasi Profesional Wilayah Berhad (KoProW)

Level 8-01, Menara Yayasan Tun Razak, No. 200 Jalan Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur.

Borang Pertanyaan

Untuk Pertanyaan Sila Isi Borang Dibawah

* Please Fill Required Fields *
thumb

Koperasi Profesional Wilayah Berhad (KoProW)

Level 8-01, Menara Yayasan Tun Razak, No. 200 Jalan Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur.

Borang Pertanyaan

Untuk Pertanyaan Sila Isi Borang Dibawah

* Please Fill Required Fields *

Mengenai Kami

Koperasi Profesional Wilayah Berhad

  • Sejarah dan halatuju

    Mula ditubuhkan pada 17 Mei 2016, Koperasi Profesional Wilayah Berhad (KoProW) adalah sebuah koperasi yang menawarkan perkhidmatan latihan dan perundingan professional sejajar dengan kemajuan Revolusi Industri 4.0.

    KoproW berusaha memenuhi kehendak ahli-ahli koperasi dan usahawan dengan menyediakan pelbagai program latihan professional dalam pengurusan perniagaan koperasi dan perkhidmatan perundingan dalam bidang pengkhususan terpilih seperti perisian komputer berkaitan dengan data analitik dan transformasi digital selaras dengan keperluan pendigitalan koperasi dan proses pendigitalan perniagaan masa kini.

    01
  • Perisian komputer yang khusus untuk operasi perniagaan

    KoProW juga menyediakan beberapa perisian komputer yang khusus untuk operasi perniagaan seperti peruncitan, industri pelancongan dan penginapan, dan sektor awam. Perisian berbentuk data analitik pengurusan sumber manusia, dan analitik kewangan, adalah di antara perkhidmatan kepakaran KoProW. KoProW juga memiliki kemahiran terkhusus dalam kewangan Islam seperti perbankan Islam, takaful dan muamalat sejajar dengan keperluan syariah dari pakar-pakar ahli KoProW.

    02
  • Meningkatkan pencapaian ekonomi anggotanya

    Berbekalkan ilmu dan pengalaman yang luas dari ahli-ahli KoProW, koperasi ini berusaha untuk meningkatkan pencapaian ekonomi anggotanya dan masyarakat koperasi amnya berdasarkan prinsip koperasi serta meningkatkan pencapaian maqasid syariah umat dan masyarakat dalam era pendigitalan masa kini. KoProW berhasrat menggalakkan penggunaan teknologi masa kini dan inovasi di kalangan ahli masyarakat koperasi supaya dapat meningkatkan prestasi dan pencapaian matlamat yang ditetapkan dari masa ke semasa.

    03

VISI

Pelopor perkhidmatan professional seperti latihan dan perundingan dalam bidang pengurusan perniagaan, transformasi digital dan analitik perniagaan.

MISI

KoProW berhasrat menawarkan perkhidmatan professional terkhusus dalam pengurusan perniagaan, transformasi perniagaan dan muamalat sejajar dengan kemajuan teknologi terkini

Prinsip Teras

Teras aktiviti KoProW adalah memberi program latihan dan perundingan pengurusan perniagaan, analitik dan transformasi perniagaan yang dapat menyelesaikan masalah serta cabaran dunia operasi koperasi dalam suasana persekitaran yang sentiasa berubah-ubah, tidak menentu, kompleks dan tiada kepastian dengan menggunakan kaedah dan proses ilmu pengetahuan yang terbaik dan sistematik untuk memperolei pencapaian prestasi koperasi yang lebih bermakna dan berkesan demi kesejahteraan koperasi.

Ahli Lembaga Koperasi

  • Datuk Seri Dr Md Zabid bin Hj Abdul Rashid

    Pengerusi
  • En. Muhd Hisham bin Mohd Junid

    Setiausaha
  • Dato’ Wan Ismail bin Wan Jusoh

    Bendahari
  • Dato’ Mohd Ibrahim bin Abu Bakar

  • Prof. Dr. Nik Rosnah binti Wan Abdullah

  • Datuk Zabidah binti Ismail

  • En. Wan Abdul Rahim bin Kamil

  • Dato’ Ahmad Tajudin bin Abdul Rahman

  • Prof. Dato’ Dr Samsinar Md Sidin